[TERKINI] Seramai 112 warga anggota PDRM di sahkan Positive Covid-19. Mereka yang terdiri daripada Pegawai, anggota, penjawat awan dan juga ahli keluarga di seluruh negara.
Kesemua individu-individu tersebut kini menjalani rawatan di hospital seluruh negara.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman iaitu Datuk Ramli Din berkata bahawa selain positif covid-19 , seramai 2688 warga PDRM sedang menjalankan kuarintin di rumah masing-masing selama 14 hari.
Ulas Datuk Ramli Din "Mereka yang disyaki positif Covid-19 terdiri daripada 7 pegawai kanan polis, 72 anggota, 3 pegawai awam dan juga 31 ahli keluarga"
"Mereka yang sedang menjalani kuarintin selama 14 hari pula terdiri daripada 354 pegawai polis, 1,926 anggota polis , 73 penjawat awam, dan 335 ahli keluarga"
Bukan itu sahaja, Datuk Ramli Din turut memaklumkan bahawa dirinya pun turut menjalani kuarintin kendiri di kediamannya bermula semalam.
sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment