Pengusaha Cili Kulai |
Seorang pemuda yang berasal dari Tawau, Sabah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM10 Ribu sebulan dari hasil tanaman Cili Kulai.
Pemilik tanaman tersebut iaitu Ashyraf Yusof, 29 Tahun pernah berkerja di salah sebuah syarikat swasta yang telah diberhentikan kerja ekoran penyebaran wabak penyakit Covid-19 menyebabkan majikannya ingin mengurangkan pekerja kerana pendapatan syarikat merosot.
Oleh yang demikian, beliau telah berbincang bersama adik beradiknya yang lain untuk mengambil keputusan untuk mengusahakan projek tananam Cili Kulai ini yang telah diusahakan pada bulan ogos, tahun lalu.
"Ada tanah kosong, daripada dibiarkan, lebih baik cuba menanam cili" Ulasnya
Tuntasnya lagi, dia tidak mempunyai pengalaman dan kursus dalam penanam, hanya berpandukan laman sosial serta kawan-kawan di sekitarnya sahaja sebagai rujukannya.
500 pokok cili telah diusahakannya dan hasilnya dijual sebanyak 800 Kilogram mula di pasarkan. Bukan itu sahaja beliau turut menjangkakan hasil tananam kira-kira 1100 Kilogram dalam bulan ini akan dipasarkan di Supermarket dan juga Pasaraya yang terdekat di Daerah Tawau ini.
Menurutnya, Pokok cili hanya mengambil masa selama 70 hari sahaja untuk dituai dan harga dipasarannya juga sangat lumayan boleh mencecah RM17 sekilogram.
Akhir sekali, Ashyraf turut menasihatkan untuk para belia-belia yang terkesan ekoran penyebaran wabak ini tidak berputus asa serta mencari insiatif lain untuk menjana pendapatan.
Sumber : Ashyraf Yusof
No comments:
Post a Comment