Bagaimana Nak Jelaskan Kepada Rakyat Sekiranya Belanjawan Di Tolak? - Sabahandotcom

Breaking

Sabahandotcom

Ikuti Perkembangan Terkini Negeri Sabah Dan Dalam Negara Serta Pelbagai Lagi Perkongsian Menarik.

IKLAN HTML

Tuesday, December 01, 2020

Bagaimana Nak Jelaskan Kepada Rakyat Sekiranya Belanjawan Di Tolak?


Gambar Hiasan


Ketua Pembangkang merangkap Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau akan mengambil tindakan serupa jika berhadapan situasi sama selepas ini.


Majoriti pembangkang tidak menolak tentang Belanjawan 2021 kerana kebanyakkan permintaan mereka untuk menambah baik belanjawan itu dipersetujui Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Bukan itu sahaja, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya belanjawan yang dilihat banyak membantu rakyat masyaratkat itu ditolak, bagaimana mereka nak jelaskan situasi tersebut kepada rakyat


Ulasnya lagi, pasti rakyat akan marah kerana telah banyak peruntukkan untuk mereka tidak diluluskan disebabkan pembangkang memilih untuk menolak belanjawan 2021 tersebut.

"Saya faham, Mat Sabu(Mohammad Sabu) berkata mandat kita mesti tolak dan Lim Guan Eng pun pernah berkata perkara yang sama, tapi bagaimana kita hendak terangkan kepada rakyat.


Datuk Seri Anwar berkata lagi, berdasarkan pertimbangan, beliau memutuskan untuk tidak menyertai undi belah bahagi dalam Dewan rakyat baru-baru ini.


Tegasnya lagi sekiranya beliau berdepan dengan situasi sedemikian selepas ini, keputusan yang sama akan diambil kerana menurutnya, sebarang usaha untuk membantu rakyat harus diterima.





Sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment