Baru-baru ini berita mengenai pengumuman penemuan vaksin Covid-19 yang memberi kelegaan kepada semua orang di pelusuk dunia termasuklah di Malaysia ini menjadi salah satu faktor utama penurunan harga emas secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Perunding Pelaburan Emas iaitu Encik Syukor Hashim berkata bahawa dari awal Januari sehingga Ogos tahun ini, berlaku trend kenaikan harga emas sebanyak 37 Peratus dan penah melebihi RM300 segram, namun harga emas itu jatuh semula dan terkini harga emas untuk segram adalah RM256.
Punca kenaikan harga emas ini disebabkan ancaman Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi di seluruh dunia dan disebabkan wabak tersebut turut membuat orang ramai tidak berani berbelanja yang secara langsung menyebabkan pelabur memilih emas sebagai aset selamat.
Namun demikian, berita vaksin Covid-19 telah berjaya dijumpai tersebar, ia sedikit sebanyak mengurangkan ancaman Covid-19 dengan pakar ekonomi dan pelaburan berpendapat ekonomi dunia akan kembali pulih. Justeru itu, dalam situasi kini emas dilihat hilang tarikan sebagai aset selamat. Ulasnya
"Ditanya bila jangkaan penurunan harga emas ini akan berakhir, Syukor berkata, ia tidak dapat dijangka kerana ia sangat dipengaruhi dengan berita semasa ke semasa yang memberi kesan kepada turun naik nilai emas"
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment