Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang i-Sinar - Sabahandotcom

Breaking

Sabahandotcom

Ikuti Perkembangan Terkini Negeri Sabah Dan Dalam Negara Serta Pelbagai Lagi Perkongsian Menarik.

IKLAN HTML

Thursday, December 03, 2020

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang i-Sinar

 





Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) telah mengumumkan kriteria-kriteria serta butitan kemudahan skim i-Sinar yang kini dibuka kepada lapan juta ahli yang layak. Ia terbahagi kepada dua kategori,.


KATEEGORI 1


1. Ahli yang berkerja di sektor formal, yang berkerja sendiri, yang berkerja di dalam sektor ekonomi gig, yang lama sudah tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji,

2. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan.

3. Ahli yang masih berkerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan keatas selepas Mac 2020.


Bagi kategori 1 ini :

i. Tiada dokumen sokongan yang diperlukan 

ii. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP

iii. Ahli yang perlu memohon secara atas talian melalui portal isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2021

*Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Jamuari 2021


KATEGORI 2

Kategori 2 ini pula adalah untuk ahli yang masih berkerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan keatas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikann.


KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu :
i. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan,

ii. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atay tuntutan kerja lebih masa

iii. Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang  dokumen sokomgan lain seperti penyata bank, atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

iv. Bagi kategori 2 ini pula, ahli boleh memohon secara atas talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 11 Januari 2021


Berapakah jumlah kelayakan i-Sinar ?

Ia tetakluk berdasarkan baki simpanan di Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut :

a. Ahli yang mempunyai baki RM 100,000 dan kebawah dalam akaun 1 boleh membuat caruman sehingga jumlah maksimumkan RM 10,000


Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM 5,000


b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM 60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.


*Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000 


Bukan itu sahaja, mulai upah Januari 2021 (Caruman Febuari 2021) hingga upah Disember 2021 (Caruman Januari 2022) kadar Caruman Berkanun Syer Pekerja akan diturunkan ke 9% dan sekiranya pencaruman ingin mengekalkan kadar caruman Berkanun Syer Pekerja pada 11% , mereka perlu melengkapkan borang KWSP 17A (Khas 2021) dan kemukakan kepada majikan.




sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment