Seorang remaja yang hampir dibaham reptilia ganas itu berjaya diselamatkan selepas enam orang kawannya cuba 'membelasah; haiwan tersebut di Sungai Kampung Mengkabong, Tuaran Sabah.
Ketua Polis Daerah Tuaran iaitu DSP Mohd Hamizi Halim berkata mangsa Azlan Arif Abdullah, 16 Tahun, Cedera di bahagian badan, kaki kanan, dan juga perut dalam kejadian jam 3.30 petang.
Buaya tersebut berukuran kira-kira 1.52 meter panjang itu menyerang dan mengigit salah seorang kumpulan remaja dan kanak-kanak yang berumur 9 tahun hingga 16 tahun ketika mereka sedang mencari lokan dan siput di sungai berkenaan.
Jelasnya lagi "Mereka kemudian memukul buaya tersebut dengan apa sahaja yang ada di tangan mereka sehingga salah seorang berjaya mencederakan mata buaya itu yang menyebabkannya melepaskan mangsa"
DSP Mohd Hamizi Halim berkata mangsa tersebut tinggsl brthampiran dengan sungai paya bakau tersebut. Selain itu, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuaran dan kemudiannya akan dirujuk ke Hospital Kota Belud ataupun Hospital Papar untuk rawatan lanjut berikutan kecedaraan yang dialami teruk.
BACA : Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Tentang i-Sinar
Sumber ; Asrto Awani
No comments:
Post a Comment